Mula-mula, muat turun aplikasi BOXKU dari Playstore.: Aplikasi BOXKU.
Langkah 1: Daftar akaun BOXKU anda
Klik “Signup” untuk buka akaun anda dan isi butir-butir yang diperlukan. Kemudian, klik “Signup Now” untuk langkah seterusnya. Jika anda telah memiliki akaun BOXKU, langkau langkah daftar.
Langkah 2: Log masuk ke aplikasi BOXKU
Masukkan butir log masuk yang betul dan klik “Login”. Jika anda lupa kata laluan anda, klik “Forget Password” untuk ambil semula kata laluan anda.
Langkah 3: Akses ke perkhidmatan penempahan
Anda perlu klik jalan pintas yang sering digunakan di tengah papan pemuka untuk mengakses “Book Service” atau klik butang yang di tengah bawah yang berikon “+”.
Langkah 4: Menempah perkhidmatan penghantaran bungkusan
Isikan nombor jejak yang diberikan oleh penjual. Masukkan kuantiti sebenar dan kategori yang betul.
Langkah 5: Pengesahan butir penempahan
Mengesah semua butir maklumat penempahan anda dan klik “Summit” untuk hantar permintaan. Klik “Yes” di tetingkap pengesahan dengan segera untuk teruskan proses.
Langkah 6: Tunggu BOXKU untuk proses permintaan anda
Balik ke papan pemuka. Permintaan anda telah dihantar dan tunggu untuk diproses akan papar pada bahagian atas widget
Adakah artikel ini bermanfaat? Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami untuk bantuan lebih lanjut.