2022 Cara daftar Taobao akaun

Taobao merupakan salah satu platform beli-belah yang digemari oleh penduduk Malaysia kerana harga barangannya murah dan terdapat pelbagai pilihan. Akan tetapi banyak orang ingat pendaftaran akaun Taobao hanya terbuka kepada rakyat China sahaja. Sebenarnya, pendaftaran akaun Taobao juga terbuka kepada Negara-negara Asia Tenggara. Anda akan mempelajari cara mendaftar akaun Taobao di sini dan pendaftaran akaun Taobao hanya memerlukan 3 minit sahaja.

Langkah 1: Log Masuk ke Taobao

Klik https://world.taobao.com/ untuk akses ke laman sesawang Taobao. klik “Signup” yang terdapat di bahagian kanan atas laman web. Anda boleh tukarkan bahasa yang anda fahami dengan membaca panduan di bahagian: Bagaimana Terjemahkan Bahasa Cina Ke Bahasa Melayu di Taobao?

Langkah 2: Masukkan Butir-butir Peribadi

Masukkan nombor telefon anda. Klik “Sila Luncur untuk Pengesahan” dan menanda “Buat Alipay Akaun”. Kemudian klik “Teruskan” untuk meneruskan proses.

Langkah 3: Sahkan Nombor Telefon

Klik “Hantar Kod Pengesahan” untuk menerima pesanan ringkas dari Taobao. Kemudian, masukkan nombor pengesahan yang diterima dan klik “Mengesah” untuk meneruskan proses.

Langkah 4: Masukkan Butir untuk Akaun Taobao

Masukkan kata laluan dan mengesah kata laluan anda. Isikan emel anda dan masukkan nama pengguna akaun Taobao. Kemudian ,klik hantar untuk menyempurnakan pendaftaran akaun anda.

Langkah 5: Log Masuk Ke Akaun Taobao Buat Kali Pertama

Selepas pendaftaran akaun, Taobao akan memaparkan mesej akaun anda berjaya didaftarkan. Klik sini untuk log masuk akaun Taobao anda buat kali pertama dan anda boleh mula beli- belah di Taobao.

Terakhir dikemas kini:

Perkhidmatan penghantaran terbaik Taobao Malaysia

Beli Online dari China Taobao, 1688, Tmall & biarkan BOXKU membantu anda menghantar bungkusan dari China ke Malaysia

Daftar Sekarang